Tuesday 25 December 2012

SeTeRRRRReSSS!

Assalamualaikum uolls.. -.- 

hari ni hari ke-2 moi kat rumah sempena cuti-cuti midsem 1 ni.. Moi berasa agak penat ngan 2nd year ni.. memang cuti ni teramat sangatlah ditunggu2 oleh Moi. tapi aokmer, apakan daya, cuti2 pon, ada keje. :( bukan satu, dua..tapi banyaaak.  Moi jadi tekanang plok duk fikir keja2 belambak ni.. dengan event nya lagi.. pastu next sem ada event lagi. >:(



oke,, da brape bulan tangguh post ni... sekarang ni tengah study week... bertamba setegheh tuu..huahaha.. padan muka Moi..kbai...

making the changes

assalamualaikum wbt,,

changes: easy to say, hard to do.. 


JUST SOME NOTES TO MOI-SELF


- your worst enemy is yourself.


- one has stop to complaining about the world, and start complaining about himself..



Tuesday 4 September 2012

Selamat dewasa!

Assalamualaikum! Selamat hari raya ke 18 aokmer! Tetiba Moi terasa hyper  nak wat post ni, untuk wish birthday budak busuk nii. Heee. Hari ni birthday one of Moi's nephew, Akif Danial. =D . Maka pada hari ini bermulalah kehidupan beliau yang berumur 2 years old. He still got a long way to go, InsyaAllah. :)  Dalam post kali ni, mmg banyak photos beliau la ye, untuk tatapan Moi bila berada di perantauan nanti. Speaking of perantauan,, TAKNAK BALIK UNI!!!!!! WAAAAAAAAAAAAAAA !! :"(  


HAPPY 2nd BIRTHDAY, NONEK!!!







PIN! PIN! SAYA DTG NAK DUIT RAYA! ahakz



FRESH LEPAS BANGUN TIDO :D















P/S: Akif, nyaya, boolat nonek adalah nama manja beliau. Heee

Sunday 26 August 2012

makcik

Di suatu petang nan indah, di sebuah majlis kesyukuran, di saat Moi menikmati makanan yang lazat lagi mengenyangkan (ayam percik), di masa angin bertiup semput-semput bahasa, di datangilah Moi oleh seorang makcik yang berusia dalam lingkungan awal 50-an. Ditanyailah Moi oleh makcik tersebut:

makcik: ##### amek kos gapo?
Moi      : *berfikir sejenak* kos sains bioperubatan.
makcik: *loading* owh..##### kijo doktor la?
Moi      : *tersenyum2, dalam hati, terkilan* eh dok ehh. kijo dale lab gitu2.
makcik: ohhhhhhhh...


Situasi ni memang biasa Moi dapat espesli kalau ada majlis keramaian. mesti ada je, mak cik, pakcik, kazen tanye soalan camtu. Kadang2 rasa sedih gak, kalau jawab je biomed, mesti org tu wat muka kosong,xtau pape. Moi pon berasa agak kesal sebab Moi sendri pon xtau nak jawab ape, xtau nak terangkan camna. tapi Moi x salahkan makcik tu, mahupon makcik2 lain. Semua ni sebab sejak kita kecik lagi kita just tau ada keja dokter, loya (lawyer), misi (nurse), cekgu, arkitek, enjinea (engineer) bla bla bla.. kita tak didedahkan pon dalam dunia ni, actually ada banyak lagi kerja. Tapi yang menjadi sebutan, pastilah yang nampak depan mata je kan. 

Moi pasti, mesti akan ada lagi pertanyaan sebegini yg perlu dijawab. insyaAllah Moi akan jawab dengan lebih confident. 

P/S: biar kerja Moi tidak sehebat dokter, tidak segah enjinea. InsyaAllah, I'll try my best to do the best.
P/S: ##### adalah nama manja Moi.wahahaha

Saturday 18 August 2012

RAYA wish

first time utk ucapan hari raya, Moi dapat tazkirah malam raya.. Tapi so far I think it is the best wish, sebab rasa terharu, rasa lepas baca je, nak jerit ALLAHU AKBAR! *tapi Moi jerit dalam hati je coz mak tengah tido.. hee

Ni Ucapan Beliau:

'Berakhirnya ramadhan, bukan bermakna terhentinya amalan. Permulaan syawal menandakan peperangan dengan syaitan sudah bermula. Ayuh! Angkat senjata doamu, laungkan takbir-Nya, baca kalam-Nya, tetapkan hati, istiqamahkan amalan. Supaya syaitan tertunduk malu kekalahan dan bendera kemenangan islam akan berkibar satu hari nanti. In sha Allah'

haaa... ada lagi sambungan dia.. ni dia:

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR & BATIN :)

hewhewhew. 

bestkan? 

Anyway, Moi pon nak gak ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maafkan segala kesilapan Moi dari hujung rambut ke hujung kaki, insyaAllah jika diberi kesempatan kita akan berjumpa lagi. Taqabbalallaha minna wa minka. semoga Allah menerima amalan kami dan kamu. :D


P/S: to 3 Amanah 2007, video raya? tengoklah gano keadae dulu...hawhawhaw I miss u girls soooo much!

Saturday 4 August 2012

for JENNA ;)

hye Jenna! We met in HABBO and you were very friendly then, even until now! I'm glad to meet you there and that we're still friends until now. I appreciate so much that you never forget me. I really hope to meet you someday, not in Habbo, but in UK! :D 

Love you, girl! xx

21 tahun?! APAKAH?

Lebih kurang 2 bulan yang lalu, Moi baru masuk 20 tahun.. Tetiba je Moi dapat tau, 2 oktober 2012 ni, Moi bakal menjadi warga 21 tahun! ARGHH! APA NI???  mesti aokmer pelik kan.. Moi ni salah amek sijil kelahiran orang lain kah? doktor tersalah isi kah? kah kah kah? ke, aokmer x pikir pape? hewhewhew. Ape pon yang aokmer terpikir, semua tu SALAH! BWAHAHA *oke, ter-overreact disitu. tangan ke dada, mata ke atas*.

Actually, Moi tengok birthday Moi dalam kalendar Hijrah, and dalam kalendar tu, seorang baby comel lagi cute  telah dilahirkan pada 16 zulkaedah 1412. Sekarang kan da 1433, so, dalam dua bulan lagi, Moi akan jadi 21 tahun! hehehe.. 

P/S:agok2, boleh ngundi dok? muehehe
 nanti wish la lagi bday Moi..mwahaha
check your birthday: http://www.islamicity.com/PrayerTimes/defaultHijriConv.asp?force_drive=geo2_based

Adopt A Tiger

WAHHHH! Bukan setakat baby je bleh adopt, kak long rimau pon boleh tau! Hari tu Moi tengok iklan kat tv, rasa macam bestnya ada rimau sendiri. orang len ada koceng, Moi ada rimau. PERGH! haha.  Moi pon nak SMS la kat orang WWF tu, spt yg tertera kat tv, n then teringat xde kredit. *sigh* . Then Moi bukak la page diorang, nak tengok syarat2 die, scan punya scan, nok kad kredit lah pulok..atoiiyaii. kalau bank lak, dari maybank or rhb bank. Mana la Moi ada akaun2 berikut. *double sigh*. Hmmm, melepas jugak kak su rimau.. T_T RAWRRR

ADOPT US! *mata bersinar-sinar cam puss in boots*

P/S: kak rimau, abang penyu, acik orang utan, adik panda pon bleh adopt gak. ^^,
for more informasi, >>> www.wwf.org.my 
Assalamualaikum!

Friday 3 August 2012

Kung Pu Fanda

'Yesterday's a history, Tomorrow is a mystery, Today is a GIFT, that's why it is called present day.'

Tuesday 24 July 2012

A Land Called Paradise

Hallu-hallu! ^^, 
Pepagi ni nak share satu video yg Moi rasa agak best..hehe 




Best x? ^^,

P/S: peace yaw!

K/A/M/P

Selamat menyambut Ramadhan aokmer! Dah 4 hari berpuasa, camana? Ada baikkah? ^^,

Tetiba hari ni Moi teringat apa yang belajar dalam satu lecture dulu. Pasal teori Darwin. Pernah dengarkah? Darwin cakap manusia ni berasal dari primates. HUH! Rasa nak gelak je an, ade ke die kate kite ni dari monyet?! pffttt... Anehkan, walhal Allah dah cakap dah dalam al-Quran, manusia itu tercipta drpd tanah. Allah mencipta Nabi Adam dengan tangan Allah sendiri. 

the so called darwin's theory


Darwin kate aokmer ni berevolusi dari primates, sebab tu ada 96% persamaan gene antara manusia ngan primat.. Tapi kan, dalam al-Quran sendiri Allah ada bercerita pasal orang Israel yang melanggar perintah Allah. 

Firman Allah:
2:65


Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".

7:166
Maka setelah mereka berlaku sombong takbur (tidak mengambil indah) kepada apa yang telah dilarang mereka melakukannya, Kami katakan kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".

Maybe ada kemungkinan, persamaan gene tu sebab kera tu pon dari manusia. Manusia yang telah melanggar larangan Allah pada hari sabtu.

Ni la yang bezanya sains  barat dan agama. Kita orang islam, percaya akan perkara ghaib tetapi sains barat hanya mahukan bukti yang konkrit. Kan best kalau kita umat Islam sekarang dapat menguasai ilmu dan sebarkan kebenaran. Masya Allah :')

Wallahualam. Hanya Allah maha mengetahui lagi maha bijaksana.

P/S: K/A/M/P => kera/apes/monyet/primates
Penyokong teori darwin ni ada hari diorang sendiri, pada hari tersebut, diorang akan berbogel, konon-kononnya kembali kepada asal.. EWWWW.. xdak hotak ka diorang ni? Astaghfirullah al azim

Friday 20 July 2012

tak MARAH, pesan je

Assalamualaikum..aokmer sihat? Dah berjaman da x update belog ni eh.. hewhewhew.. Ni la hasilnya xdak idea+malas... Dah nak dekat puasa ni,(esok da pon puasanya) tetiba rasa nak menulis lak.. tahukah anda mengapa? INI SEMUA GARA-GARA BEBUDAK YANG MAIN MERCUN!!!! warghhh makang budak!  *eh, ter-marah pula di situ..hewhewhew*


Tulunla berhenti main mercun dekat ngan umah Moi, aok2 kan ade umah sendirik, pegi la main depan mak ayah sana.. Mak ayah aok kan yang bagi duit beli mercun, tunjuk la kat diorang.. xyah tunjuk kat Moi..  Moi da  fed up dah dengar aok2 main mercun. 


Aok tau tak, drpd aok dok main benda alah tu, lagi bagus kalau aok g mengaji ke, dok umah tengok Jejak Rasul ke, main bola ke, kan lagi cool tu. Ni aok2 dok men benda yang memungkinkan jari2 aok untuk terputus.. pastu time raye, nak orang kesiankan aok2.. bangun la aok, bangun! Jangan lagi aok membazir duit kat pembekal mercun tu.. *agak2 duit yang org jual mercun tu halal tak ye? jual benda yang xde pekdah camtu?* wahaha






P/S: ditujukan jugak kpd perokok2..tahu tak asap yang anda hembus itu sangat2 meng-annoying-kan Moi serta org lain? HUH


P/S: harap2 dapat melawan nafsu nak marah orang time bulan ramadhan ni.. 
'Ku mengharapkan ramadhan kali ini, penuh makna, agar dapat kulalui dengan sempurna'- RAIHAN



Sunday 8 July 2012

Bulatan separa Gumbira

Assalamualaikum kitak! Kitak sihat sik? Harapnya kitak sihat jak. Kitak pernah dengar sik Bulatan gembira atau nama femesnya usrah? Kamek prasan, nektok bulatan gembira makin banyak, esp dalam kalangan students. *izinkan kamek Moi cakap secara normal ea, penat dh madah cakap sarawak :p*  Actually, Moi pon pernah sertai usrah ni, tu pon sebab dah ditetapkan,hehe.. Moi tak kesah pon, sebab dulu memang teringin nak join, tapi time dulu2 tu, Moi tak berapa nak kenal org and segan lak rasanya.haha. *Moi kan pemalu >.<* .  Anyway, time dah dibagi group usrah masing2, kami pon pergilah duduk  mengikut group dalam bulatan. Sebab tu la kot, diberi nama bulatan gembira.. Tapi kenapa gembira? memang join usrah ni enjoy  je ea? Gelak habis-habisan? naqib(ah) wat lawak ala-ala Raja Lawak, then anak2 buah kena ketawa bagai nak rak ke? banyak pulak soalan Moi ea? haha? :p

Sebenarnya, bagi Moi, best kot join usrah ni, wpon Moi baru first time, tapi banyak ilmu yang Moi dapat. Pastu pulak, dapat lagi mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita. Dalam group usrah Moi, semuanya sama kos, so, lagi la kitorang rapat. First day usrah, akak naqibah suruh perkenalkan diri semua, pastu cakap pasal benda/perangai kita yang orang len tak tau.. Kelakar kot, satu-satu rahasia diri dibongkarkan..wahaha. Dah masuk kali kedua, ketiga dan seterusnya tu, semuanya pengisian yang berfaedah lagi bermanfaat dan memberi maslahat kepada kita.hehe. Banyak yang naqibah cuba sampaikan, yang Moi suka kalau dia bagi soalan KBKK, ade satu soalan yang Moi suka.. 'Kalau ada orang yang bukan Islam ataupon kanak-kanak tanya kita ape itu Islam, apa kita nak jawab?' HAH. amekaw.. Tapi disebabkan ni soalan KBKK dan usrah kami diadakan pada waktu petang, maka Moi hanya memberi jawapan yang cukup2 makan sahaja..wuwuwu. Memang Moi rasa tak berape nak puas la jawab tu kan, tapi mmg Moi ni jenis xleh soalan tetiba camtu.haha. Gugup Moi.LOL. Then, time cuti tu, time takleh nak wat usrah, naqibah bagi kami link video suruh tengok, pastu naik cuti nak tanya pendapat kitorang. Haaa, tu baru betol, boleh prepare jawapan panjang2 sket.. huha. 

Tapi sayang oh, dalam setahun tu, Moi rasa berapa kali je usrah ni dibuat. Maybe sebab diorang bagi group tu lambat kot *peh, salahkan orang*  :p Padahal, kejadian tersebut adalah angkara kami sendiri,hohoho.. Maafkan kami akak naqibah.. T_T  
Tapi serius oh, dari usrah ni, banyak aok akan dapat. Aok tau tak, usrah ni bukan sekadar naqib(ah) nak berceramah je, tapi jugak sebagai tempat aok nak share,. sharing kan caring..hehe Moi sendiri pon pernah share satu cecita ni ngan akak naqibah Moi and tak pernah bagitau sesape..hehe.  Usrah ni jugak, tempat kita saling menegur/memperingati satu sama lain, supaya kita senantiasa di jalan yang betol, Insha Allah. Sepertimana perut kita memerlukan makanan, rohani kita jua perlu, aok.  :)

P/S: teringin nak join lagi usrah ni, mintak2 ada lagi next sem. :3 *peace*

Sedang menonton Boboiboy.Gambar Hiasan :p



Saturday 7 July 2012

now boarding... LONDON!

Passport dah siap! bleh la berjimba-jimba di London sana! YAY! akhirnya tercapai gak cita2 nak g London, dari London, bleh pegi seluruh Europe! whooopee!  *tapi sayangnya aok2, semua tadi tu hanyalah khayalan semata! wuwuwu T_T *aok kena eh, beb?* :p  

Ni semua gara-gara TLC, menyiarkan Globe Trekker disusuli dengan 2 episod Passport to Europe berturut2. Moi yang tengok, berair mulut nak poie sana.Yang best tu time askar2 yang jaga istana Buckingham berkawad semata nak tukar shif keje.padahal bnda tu macam punch in, punch out keje je, tapi dilakukan dengan penuh istiadat *bak kata Samantha Brown* :P . Cantik tempat kat sana aok, ada taman yang menghijau cantik, ada bangunan2 lama lagi antik, ada jugak orang2 mat saleh..wahaha.. pelik kan aok, kat negara orang, semua nmpak cantik,, jalan biasa pon bleh nampak cool.. plik btul..haha teringat cerita cikgu sekolah, time dia study kat US, diorang tengah naik kereta, boleh plak nk behenti kat tepi2 jalan sebab nak ambil gambar..haha cikgu tu kate, bunga tepi jalan pon nampak cantik.. LOL darak jakun la katakan :p

Moi da lama simpan cecita nak poie sana, ingat lagi time form 4, wat pact ngan kawan2, nak wat the best utk spm, and bleh apply nak g London.. wahwahwah,,ingat senang ke? haha almaklumlah, zaman kecik2 dulu.. *kecik ke?* :p  tapi, lepas dapat result tu, Moi tak apply pon,, Kenapa? coz life happened. ecece..haha, actually,sebab kos yg diorang tawarkan nak g sana cam x best jek, medik lah, dental lah, ingat Moi minat benda cenggitu?*padahal result x mencukupi :p* haha Pernah aje Moi nak isi borang utk scholarship ape ntah, tapi boleh study abroad rr, lepas isi maklumat diri yg banyak gile tu, tibalah di satu part nye,,, die suh wat esei! Moi mane la reti wat esei, aduiii.. Dahla x reti, malas plak tu, ape lagi,, Moi tinggalkan jek ruangan itu kosong, dan terus menekan butang X di penjuru kanan skrin komputer.HAHA!

Hikmahnya aok-aok sekalian, Alhamdulillah, dapatla Moi meneruskan pengajian di Malaysia yang jauh lebih dekat dengan rumah  berbanding obersi sana. Kalau Moi poie London, agak2, boleh tak Moi makan nasi kerabu, roti canai, bla bla bla lagi? Moi ni xde la jenis homesick sangat, tapi mesti ada certain time tu kite rase nak balik sangat2, kan?haha,, Furthermore *ayat form 1*, Moi jugak dapat berkenalan ngan kawan2 yang gila-gila, sporting, pemalu, penyayang,dan macam2 lagilah! haha..  papepun, enjoy the photos! ;)
cantiknya lavenderrrr
ni kampung Moi.. hukz
jalan ni la yg dilalui tetiap hari nak g kelas :p
welcome to le crib :p

P/S: Cantik betol kejadian Allah, tetapi kecantikan dunia tak dapat dibandingkan dengan keindahan syurga. Itulah destinasi ku, Insha Allah *peace*


Wednesday 4 July 2012

Apa ANDA rasa...

Moi ditanya dengan soalan sentap sekali pernah ditanya..'APA KALIAN RASA BILA DISEBUT NAMA ALLAH?' *gulp* kalau Moi tanya aok2 semua, agak2 apa jawapannya? bergetarkah hati aok? takut tak aok kat ALLAH? Tepuk dada, tanya iman.  Ape yang Moi jawab kat sahabat Moi tu? Moi hanya mampu bagi  ':('  kat dia...  Sedih, aok, sedih! Hati Moi ni dah mati ke? kita pandai sebut je ke nama ALLAH, tanpa rasa apa2? *terkedu* 

Moi jadi tertanya kat diri sendiri,, Moi faham ke apa yang Moi dok sujud sebelum ni? Ya Allah ya Rabbi, cetek sungguh hamba-Mu ini. Jujur, kalau di fikir2 balik, Moi beribadah kerana nak masuk syurga, tak nak terjatuh ke dalam neraka..  Syurga yang Moi kejar, aok2, syurga.. bukannya rahmat dan berkat Allah. YA ALLAH!! aku sebenarnya mengharapkan balasan kepada ibadah ku ini. Astaghfirullah. Sangat sedih dengan diri sendiri. :'( .. Saat ni memang rasa diri ni TAK layak masuk syurga, dengan dosa-dosa yang menggunung lagi.. Sedangkan orang yang beribadah selama 500 tahun pon x tentu lagi masuk syurga.. ni pulak Moi?

Kat hati ni,rasanya dah banyak titik2 hitam..dengan hati yg macam ni la, syaitan semakin galak nak berbisik.. huhu  Memang, memang hidayah tu pernah datang, sampai menangis-nangis dalam smayang.. tapi sayangnya ianya tidak lama ia bertahan, sekadar menyapa Sedih kan. Pujukan syaitan itu nampaknya lebih kuat,, lebih power. MasyaAllah.. nipis nya iman Moi, mudah tergoda dengan benda2 keduniaan. 

Sempena nisfu syaaban ni, Moi berharap sangat2 Moi dapat menunaikan azam baru. InsyaAllah. Dah bukak 'buku' baru ni, jom kita isikan pula bahagian sebelah kanan lebih banyak, kay. Kalau tiba2 tersedar ada catatan sebelah kiri yg ditulis, cepat2lah kita beristighfar dan memohon keampunanNya. 

Ya Allah, ku mohon ya Allah, berikanlah aku kesabaran, untuk menempuhi segala ujianMu, berikanlah aku kekuatan, untuk menempis godaan di dunia ini. Ya Allah, janganlah Engkau pernah berputus asa dengan hambaMu ini. Tunjukkanlah aku jalan yang lurus ya Allah. 

P/S: Allah suruh kita buat dua benda je; buat apa yang Allah  suruh, jangan buat apa yang
        Allah larang. Itu aje. *peace*   
       TAKBIR!





Chipsless

Aok pernah makan chipsmore tak? sodapp kan.. kalau kat kolej, chipsmore la peneman time study. ngap 3 kali, eh da habis dah.. dahla sedap, duit pon sedap jugak la yg terbangkan..haha 
Sejak duk kat umah ni, Moi teringin nak makan biskut, biskut tawar tu taknak plak an, ye la, x masyuk la kununnya.. Moi pon search la kat tenet yg tenat ni, resipi choc chips cookies.. Search punya search, jumpa la satu resipi katanya macam Famous Amos. HOH! apa lagi! terus Moi cari pen and buku and copy copy copy...  Time copy tu, dalam otak ni dah nampak dah, sedapnya bau Famous Amos, sedapnya biskut diaa..perghhh..

 menggoda kan :p


Actually, semalam jugak nak wat biskut tu, tapi niat baik tu dihalang oleh mak Moi,, da lewat katanya.. T_T  Sebagai seorang anak yang berwibawa *eh*, Moi terpaksa akur.hehe
So, bangun pagi *ehem* tadi, Moi telah menanam semangat tok wat cookies hari ni jugak..haha .. Then, Moi start mengumpul bahan2 dia., naseb baik semua bahan ada dalam rumah dah, xyah keluar beli dah. *jimat..* 
Moi pon buatla biskut tu,, gumbira kot hati sebab dok fikir Famous Amos punya pasal.haha
Time tengah seronak buat tu, Moi baru perasan, ada tertinggal satu bahan, iaitu susu tepung.. Moi cakap la kat mak Moi, mak Moi cakap letak la susu Akif tu.. *susu anak sedara* , tak tau kenapa, tapi terus tekak Moi jadi geli...'eee..letak susu budak kecik?xpe ke? ew ew ew' hahaha  tapi serius tak tau kenapa Moi jadi geli nak letak susu budak, aok tak rasa geli ke?
Time cakap ngan mak, Moi angguk je, dalam hati..'xyah letak susulah' haha.. Akan tetapi, setelah digodek2 almari tu, terjumpa jualah susu tepung... 'Fuhhhh..naseb baik!' Moi pon sambung gumbira balik.haha. Dah siap adunan tu, Moi nak kene wat bulat2 plak, letak atas dulang,, penat kottt, gentel2 , pastu tekan2 bagi leper sikit, sampai si Akif tengok pon bosan..haha
This is it! It's time to put these in the oven! hahaha.. rasa lega gila da boleh masok oven dah.. no more gentel2..haha. da abes letal tu, second part plak,, nak kena basuh all the mess plak..aduiii.. haha
25 minit kendian, siapla cookies tu, woot2~~ Setelah disejukkan, ni la masa yang di tunggu-tunggu.. MAKAN TIME!!! tetapi... harapan Famous Amos tadi tetiba da hancur skit..haha..
tapi xpe, at least memalam da ade benda nak di ngap! haha

time ni bau dia da perghhh
dapat la 4 dulang akhirnya..haha
tempahan dibuka sekarang.. *oke tipu*


  P/S: time wat cookies ni, Moi da rugi satu benda.. kan elok time dok gentel2 tu Moi berzikir ke ape..huhu terkilan disitu :(  apepun, *peace!*

Tuesday 3 July 2012

GEMURUH JIWA

klu tgh down2 tu, lpas tau result ke ape ke.. :p maybe lagu2 ni bleh bg semangat sket ke.. :)

'We only got 86 400 seconds in a day to
Turn it all around or to throw it all away
We gotta tell 'em that we love 'em while we got the chance to say
Gotta live like we're dying' - abe kris allen


I'm not afraid 
To take a stand 
Everybody 
Come take my hand 
We'll walk this road together, through the storm
Whatever weather, cold or warm
Just letting you know that, you're not alone
Holla if you feel like you've been down the same road - marshal mathers aka eminem

'Cause baby you're a firework
Come on, show 'em what you're worth
Make 'em go "Oh, oh, oh"
As you shoot across the sky-y-y

Baby, you're a firework
Come on, let your colours burst
Make 'em go "Oh, oh, oh"
You're gonna leave 'em all in "awe, awe, awe" - kak katy perry

I will break these chains that bind me, happiness will find me
Leave the past behind me, today my life begins
A whole new world is waiting its mine for the taking
I know I can make it today my life begins - bruno marikh

When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.- josh groban


There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb- adik miley cyrus




P/S: tapi kan, kan elok kalau kita mengadu Allah kan.. bermohon lah kepadaNya agar kita diberikan kekuatan tuk menempuhi ujian tersebut :) *peace*





Monday 2 July 2012

S.O.L.A.T

Solat mengikut buku kafa Moi dulu bermaksud perbuatan ibadah yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Kenapa Moi tetiba cakap pasal solat ni kan? Moi baru belajar solatkah?? eh?..haha..jawapannya Ya dan Tidak..konpius? camni,, belajar solat tu memang sejak kecik la kan, tapi for the moment Moi sedang memperkasakan lagi *ewah* solat tu. Ni lepas tgk 30 minit bersama ustaz Don hari tu. Kata2 Ust.Don ni membuatkan Moi berfikir '... kita solat sampai hitam dahi, tapi hakikatnya kita tak solat.' Cuba bayangkan.. dah berapa tahun kita solat, agak2, berapa banyak solat kita yang diterima? pernah fikir tak.. kalau solat itu mencegah kemungkaran, kenapa kita still lagi melakukan apa yang dilarangNya? mungkin solat kita tidak sah dan tidak diterima? Wallahualam. 


Sebab itu, Moi nak ingatkan aok2 semua, the 13 pillars of solah. Mungkin kita dah melaksanakan kesemua2 rukun setiap kali solat, tapi adakah ianya sempurna? *jeng jeng jeng*.. 




  1. berdiri betul bagi yang berkuasa
  2. Niat di dalam takbiratul Ihram
  3. Takbiratul Ihram
  4. membaca al-fatihah
  5. rukuk serta tamakninah
  6. iktidal serta tamakninah
  7. sujud dua kali serta tamakninah
  8. duduk antara dua sujud serta tamakninah
  9. duduk tahiyat akhir
  10. membaca tahiyat akhir
  11. membaca selawat ke atas nabi pada tahiyat akhir
  12. memberi salam pertama
  13. tertib
Rasanya semua dah tau kan, rukun solat ni, tapi adakah kita benar2 melaksanakannya? contohnhya time rukuk,iktidal, sujud  dan duduk antara dua sujud.. kita benar2 tamakninah-kah?
Tamakninah ialah berhenti sebentar,
 sekadar sebutan ‘subhanallah’ sedang anggota berat hendaklah berhenti membuat sebarang pergerakan. Mungkin kita pernah kan,, bacaan rukuk x habis lagi, kita dah berdiri nak ber-iktidal.. kat situ, satu rukun solat dah terbatal, solat pon jadi x sah.. so, dgn autamatiknya, kita diisytiharkan tak sembahyang..rugikan? 

And satu lagi yang penting, bacaan al-fatihah ngan tahiyat akhir. kedua2nya termasuk dalam rukun solat. Hence, kita pon kenalah baca dengan betol; sebutan hurufnya, barisnya, dan syaddahnya, especially tahiyat kerna dlm tahiyat banyak syaddah. Mungkin ada di antara kita yang ingin cepat , dan membaca al-fatihah ngan tahiyat dgn laju, x kira dah syaddah ka apa ka.. huhu.. Astaghfirullah. 

Dalam kita bersujud pon sama, sempurna kah sujud kita? Kita wajib sujud dengan 7 anggota; 
  • dahi
  • dua tapak tangan
  • dua lutut
  • perut jari kedua belah kaki

Aok2 semua, jangan lupa, solat itu tiang agama dan solat tu benda pertama yang akan dihisab nanti. Tak susah pon kan, 5 kali je sehari semalam. Ce bayangkan kalau kita kena solat 50 kali sehari semalam spt yg Allah tetapkan pada mulanya..laratkah?

Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...”

P/S: solat sunat itu menampung kekurangan solat fardu. :) *peace*
P/S: Apa salahnya kita poie hafal dan faham maksud setiap bacaan dalam solat? InsyaAllah, kita akan khusyuk dalam menunaikan solat and seronak bersolat..mungkin? :) *peace*

'hoh,, smaye doh ko awok2 tu?'
*bekeng pulok eh muko 'abe' ni.. haha







Gotta less than 3 books!

Sape tak suka baca buku sini? ruuuugi korang.. tau tak baca buku tu best gila and banyak gila ilmu korang boleh dapat. walau baca novel sekalipon, ada jugak ilmu yg kita dapat wpon taklah sebanyak buku ilmiah..especially sekarang ni da banyak novel2 islamik spt yg ditulis hilal asyraf ngan hlovate.

Memang betol kata orang, minat membaca buku ni boleh dipupuk time kita kecik lg, at least tu la yg berlaku kat Moi.. Kat rumah Moi memang banyak buku milik arwah abah, tapi time kecik2 dulu xde la baca pon buku2 tu..hehe. 
koleksi buku abah:)
ada lagi tu, tp x larat dah den nak ambil gambonye..

keselamatan buku dijaga drpd di ceroboh oleh  bebudak kecik2
Kalau Moi tak silap, minat baca novel start masa form 1 kot, sbb time tu da terpaksa baca short story pasal potato people. FYI, Moi sangat2 tak suka baca novel melayu dulu (sampai sekarang pon..hehe). Tapi at least sekarang ada la satu-dua buku  melayu tu..tu pon yang best r, novel Sinergi. Anyway, start dari form 1 tu, Moi pon start beli novel klasik omputeh, best kot novel klasik, love story gitu,,wahaha 

Then da start membeso ni, Moi beralih kepada yang lagi tebal, duit pon tebal la jugak yang melayangnya.. Y_Y . So far,my favourite authors are Cecelia Ahern and John Grisham. buku2 diorang memang best kott.. and buku fav Moi is 'If You Could See Me Now' from C. Ahern. sob2..citer die gembira dan sedih.. pandai dia mempermainkan emosi Moi..haha..

antara buku Moi, ada yg hilang kot..huhu. kotak buku yg lama mak Moi misplaced.. :(

 

antara buku2 J.Grisham :)




                                       'Library' koleksi Moi..haha




Tapikan, aok2 semua, dalam banyak2 novel tu, ada satu yang paling best, kenapa? sebab ada satu 'novel' ni yang cerita dia sangat banyak.(ce teka, ape novel ni..) bukan cerita pasal zaman sekarang ni je, tapi jugak pasal zaman dulu2.. and lagi pulak, mmg amat banyak ilmu kita boleh dapat and boleh jua diamalkan.. (da dapat clue x?) 

Al-Quran ni Moi hadiahkan kepada..... diri Moi sendiri..hehe.. time  nak masuk degree :)


Best kan bace Quran, dahla boleh tahu banyak cerita, daripada sehalus2 benda to sebesar2 benda, dah tu, dapat pahala pulak kalau kita baca. The best part is, kalau kita amalkan apa yg terkandung dalam Quran. Oh :') 

Apa yang eloknya, kita amalkanlah baca Quran ni, paling tidak pon, satu muka setiap hari jadilah..

"Yang membaca al-Quran sedangkan dia mahir dengannya akan bersama-sama dengan para malaikat. Yang membaca al-Quran dan tergagap-gagap dan al-Quran amat payah ke atasnya maka baginya DUA PAHALA" 

-Riwayat al-Bukhari-


P/S: kita nak berseronok baca novel tak pe, kerana hiburan itu harus, tapi janganla kita baca novel or apa2 buku sekalipon sampai lupa dunia,, lupa nak tunaikan tanggungjawab terhadap Allah :) *pesanan tuk diri ni jugak.. *peace*




Sunday 1 July 2012

the muppets




 HAHA! klakar x? (sila jawab ya!)


alkisahnya camna bleh jumpa video ni, lepas tengok movie The Muppets, lawak kot crite tu.. wpon hanya 3 org manusia dan yg len hanyalah puppets. dlm movie tu jugak ada satu lagu best..haha, ni dia.


lepas tengok movie, ada satu karakter yg Moi suka,, iaitu Beaker(rambut oren kat atas tu), yang bestnya Beaker ni, dialog dia senang je, 'meep meep' je..haha  dicampur lagi dengan ekspresi muka dia,, bertambahlah kelakar beliau..  

anyway, ni lagi satu clip from the movie.. which is one of my fav song :p

MAHNA-MAHNA!

p/s: dalam kita berseronak tu,, jangan lupa pulak tanggungjawab kita kpd Allah *peace*








Saturday 30 June 2012

cuti datang lagi (YAY!-kah?)


Setakat ni da 3 kali da cuti panjang camni, dari lepas SPM, lepas asasi, then cuti sem lak.. ketiga2nya Moi duduk bersemayam kat rumah je.. Y_Y bukan apa, nak cari kerja, tapi transportation tu lak susah.huhu.. 


Yang kelakarnya, time cuti tu,macam2 benda berangan, nak buat tu la, buat ni la, tp semua (maybe certain) tak jadi, hampeh! Kununnye la,, nak blaja memasak dgn lebih mendalam (padahal..), nak jd lebih berdisiplin (mmg x jadi la yg ni), nak ambil kelas 'skill' and the list goes on and on,,tapi sudahnya...krik krik krik.  -_-"


aishhh,,and then, bermulalah segala aktiviti x berfaedah di rumah.haha. tgk tv, main lappy, kacau anak sdare, tido, tgk tv, lappy, tido, lappy, tido... terlalu amat sangatlah ‘sihat’ aktivitinye ye…


tapi tu lah, dlm berseronak cuti tu, x elok jugak buang masa x tentu hala. Klu tgk tv tu, baikla tgk rancangan yg berguna, klu main lappy, bukak la web yg memberi ilmu,  klu penat tu tido la, tp x yah la sampai over kan.. klu nak kaco anak sdare tu, kaco je la.. *eh?* 


P/S: sama2la kita memajukan diri time cuti ni, bukan demi Negara, tapi demi diri kita sendiri jugak.  *peace*

Journey to The Past

Kenapa 'Perjalanan ke masa lalu' ye?? relax2,, seperti yang umum mengetahui(ecece), segala sesuatu post yg terpublish di sini adalah tentang perkara yg dah berlaku.. bukannya bermakna journey ke zaman dinasour dulu2.. haha  
Blog ni adalah hasil pertolongan dr ismi adawiyah..hehe ni first time buat blog, saje je, tangan menggatal nak tulis2 kan, al-maklumlah tengah cuti-cuti Malaysia la katakan.. banyak sangat masa terluangnya.. haha 
Anyway, setakat ni la dulu bercelotehnya, kerna terpaksa menyerahkan lappy kepada yg menunggu LOL *peace yaw*