Monday 2 July 2012

S.O.L.A.T

Solat mengikut buku kafa Moi dulu bermaksud perbuatan ibadah yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Kenapa Moi tetiba cakap pasal solat ni kan? Moi baru belajar solatkah?? eh?..haha..jawapannya Ya dan Tidak..konpius? camni,, belajar solat tu memang sejak kecik la kan, tapi for the moment Moi sedang memperkasakan lagi *ewah* solat tu. Ni lepas tgk 30 minit bersama ustaz Don hari tu. Kata2 Ust.Don ni membuatkan Moi berfikir '... kita solat sampai hitam dahi, tapi hakikatnya kita tak solat.' Cuba bayangkan.. dah berapa tahun kita solat, agak2, berapa banyak solat kita yang diterima? pernah fikir tak.. kalau solat itu mencegah kemungkaran, kenapa kita still lagi melakukan apa yang dilarangNya? mungkin solat kita tidak sah dan tidak diterima? Wallahualam. 


Sebab itu, Moi nak ingatkan aok2 semua, the 13 pillars of solah. Mungkin kita dah melaksanakan kesemua2 rukun setiap kali solat, tapi adakah ianya sempurna? *jeng jeng jeng*.. 




  1. berdiri betul bagi yang berkuasa
  2. Niat di dalam takbiratul Ihram
  3. Takbiratul Ihram
  4. membaca al-fatihah
  5. rukuk serta tamakninah
  6. iktidal serta tamakninah
  7. sujud dua kali serta tamakninah
  8. duduk antara dua sujud serta tamakninah
  9. duduk tahiyat akhir
  10. membaca tahiyat akhir
  11. membaca selawat ke atas nabi pada tahiyat akhir
  12. memberi salam pertama
  13. tertib
Rasanya semua dah tau kan, rukun solat ni, tapi adakah kita benar2 melaksanakannya? contohnhya time rukuk,iktidal, sujud  dan duduk antara dua sujud.. kita benar2 tamakninah-kah?
Tamakninah ialah berhenti sebentar,
 sekadar sebutan ‘subhanallah’ sedang anggota berat hendaklah berhenti membuat sebarang pergerakan. Mungkin kita pernah kan,, bacaan rukuk x habis lagi, kita dah berdiri nak ber-iktidal.. kat situ, satu rukun solat dah terbatal, solat pon jadi x sah.. so, dgn autamatiknya, kita diisytiharkan tak sembahyang..rugikan? 

And satu lagi yang penting, bacaan al-fatihah ngan tahiyat akhir. kedua2nya termasuk dalam rukun solat. Hence, kita pon kenalah baca dengan betol; sebutan hurufnya, barisnya, dan syaddahnya, especially tahiyat kerna dlm tahiyat banyak syaddah. Mungkin ada di antara kita yang ingin cepat , dan membaca al-fatihah ngan tahiyat dgn laju, x kira dah syaddah ka apa ka.. huhu.. Astaghfirullah. 

Dalam kita bersujud pon sama, sempurna kah sujud kita? Kita wajib sujud dengan 7 anggota; 
  • dahi
  • dua tapak tangan
  • dua lutut
  • perut jari kedua belah kaki

Aok2 semua, jangan lupa, solat itu tiang agama dan solat tu benda pertama yang akan dihisab nanti. Tak susah pon kan, 5 kali je sehari semalam. Ce bayangkan kalau kita kena solat 50 kali sehari semalam spt yg Allah tetapkan pada mulanya..laratkah?

Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...”

P/S: solat sunat itu menampung kekurangan solat fardu. :) *peace*
P/S: Apa salahnya kita poie hafal dan faham maksud setiap bacaan dalam solat? InsyaAllah, kita akan khusyuk dalam menunaikan solat and seronak bersolat..mungkin? :) *peace*

'hoh,, smaye doh ko awok2 tu?'
*bekeng pulok eh muko 'abe' ni.. haha







1 comment: