Wednesday 4 July 2012

Apa ANDA rasa...

Moi ditanya dengan soalan sentap sekali pernah ditanya..'APA KALIAN RASA BILA DISEBUT NAMA ALLAH?' *gulp* kalau Moi tanya aok2 semua, agak2 apa jawapannya? bergetarkah hati aok? takut tak aok kat ALLAH? Tepuk dada, tanya iman.  Ape yang Moi jawab kat sahabat Moi tu? Moi hanya mampu bagi  ':('  kat dia...  Sedih, aok, sedih! Hati Moi ni dah mati ke? kita pandai sebut je ke nama ALLAH, tanpa rasa apa2? *terkedu* 

Moi jadi tertanya kat diri sendiri,, Moi faham ke apa yang Moi dok sujud sebelum ni? Ya Allah ya Rabbi, cetek sungguh hamba-Mu ini. Jujur, kalau di fikir2 balik, Moi beribadah kerana nak masuk syurga, tak nak terjatuh ke dalam neraka..  Syurga yang Moi kejar, aok2, syurga.. bukannya rahmat dan berkat Allah. YA ALLAH!! aku sebenarnya mengharapkan balasan kepada ibadah ku ini. Astaghfirullah. Sangat sedih dengan diri sendiri. :'( .. Saat ni memang rasa diri ni TAK layak masuk syurga, dengan dosa-dosa yang menggunung lagi.. Sedangkan orang yang beribadah selama 500 tahun pon x tentu lagi masuk syurga.. ni pulak Moi?

Kat hati ni,rasanya dah banyak titik2 hitam..dengan hati yg macam ni la, syaitan semakin galak nak berbisik.. huhu  Memang, memang hidayah tu pernah datang, sampai menangis-nangis dalam smayang.. tapi sayangnya ianya tidak lama ia bertahan, sekadar menyapa Sedih kan. Pujukan syaitan itu nampaknya lebih kuat,, lebih power. MasyaAllah.. nipis nya iman Moi, mudah tergoda dengan benda2 keduniaan. 

Sempena nisfu syaaban ni, Moi berharap sangat2 Moi dapat menunaikan azam baru. InsyaAllah. Dah bukak 'buku' baru ni, jom kita isikan pula bahagian sebelah kanan lebih banyak, kay. Kalau tiba2 tersedar ada catatan sebelah kiri yg ditulis, cepat2lah kita beristighfar dan memohon keampunanNya. 

Ya Allah, ku mohon ya Allah, berikanlah aku kesabaran, untuk menempuhi segala ujianMu, berikanlah aku kekuatan, untuk menempis godaan di dunia ini. Ya Allah, janganlah Engkau pernah berputus asa dengan hambaMu ini. Tunjukkanlah aku jalan yang lurus ya Allah. 

P/S: Allah suruh kita buat dua benda je; buat apa yang Allah  suruh, jangan buat apa yang
        Allah larang. Itu aje. *peace*   
       TAKBIR!





3 comments:

  1. entry aok wat saya menangis..
    Insha Allah kita cuba lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita berusaha sama2 jum aok..
      aok, kalau Moi ada wat silap apa2, tegur la Moi ea.huhu

      Delete